• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

24 November 2009

::Nantikan projek baru kami::

Assalamualaikum buat semua khasnya buat ahli Nisa' Maran,

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah inayah Allah jua kita masih dianugerahkan 2 nikmat besar Iman dan Islam.Syukur juga dipanjatkan kerana kita masih lagi diberikan pinjaman nyawa olehNya untuk kita terus berjalan di atas muka bumi Allah ini dalam usaha mengabdikan diri kepada yang Maha Agong.

Pertamanya Selamat bercuti diucapkan kepada adik-adik yang masih dialam persekolahan,semoga cuti yang panjang ini dimanfaatkan sebaiknya supaya masa yang percuma diberikan ini tidak habis dengan sia-sia.

Bagi yang telah menjalani peperiksaan besar PMR dan SMA sudah tentu berasa lega kerana telah berjaya melalui fasa imtihan yang memeritkan,namun debar keputusan nanti sudah tentu menyesakkan jiwa.Walau apa pun kami Nisa' Maran mendoakan agar kejayaan yang sebaiknya dianugerahkan buat semua.

Bagi yang masih berperang dengan SPM semoga terus kut dan tabah menempuh ujian peperiksaan ini.Semoga usaha yang gigih akan mendapat pulangan yang baik nanti,Insyaallah..

Bersempena cuti sekolah ini sudah tentu pelbagai aktiviti telah dirancang, persiapan untuk menyambut Aidiladha sudah tentu telah dibuat.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa rancangan Nisa' Maran pada cuti kali ini???:)Jadi,nantikan projek baru dari kami.Jangan lupa untuk turut serta ye!

Jadi dikesempatan ini kami Nisa' Maran mengucapkan Selamat Becuti dan Selamat Menyaambut Aidiladha.Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail menjadi pemangkin semangat buat kita untuk meneruskan medan yang banyak cabaran dan dugaan ini.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam