• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

16 November 2009

::Tuntutan Berorganisasi::

Kenapa setiap muslim dituntut untuk berorganisasi?

  1. Ia adalah sunnatullah sejak azali lagi.
  2. Fitrah manusia itu sendiri berhajat kepada berkumpulan.
  3. Manusia yang berperanan sebagai khalifah adalah untuk menjayakan konsep 'hablun minannas'
  4. Misi manusia adalah untuk melakukan kebaikan sesama manusia sebagai bukti kita adalah merupakan insan yang bersyukur
  5. Misi terbesar untuk mendirikan kerajaan Islam sedunia.

tidak mungkin tujuan ini tercapai dengan kerja berseorangan tanpa berpasukan

Oleh kerana itu, maksud mencapai tujuan yang besar ini merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya,dan tidak mungkin dicapai tanpa berjamaah dan kerja-kerja berjemaah ini menjadi wajib.

Sesuatu perkara yang tidak sempurna wajib kecuali dengan adanya sesuatu perkara lain bagi melengkapinya, maka perkara lain itu menjadi wajib

Mari kita soroti sirah…

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memimpin umat Islam sebagai satu jemaah dan satu kesatuan serta mendirikan kerajaan Islam yang pertama bersama mereka.

Di ikuti oleh Khulafa' ar-Rasyidin di atas manhaj yang sama

Imam as-Syahid Hasan al Banna di Mesir juga telah mengikuti manhaj yang sama dan melihat perlunya suatu jemaah untuk mencapai tuntutan ini dengan tujuan mendirikan kerajaan Islam dan mengembalikan khilafah Islamiah.Lalu beliau mengasaskan pertubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang mana antara tujuannya yang paling penting ialah untuk mendirikan Negara Islam yang akan menguatkan agama Allah dimuka bumi.

Seruan kepada kewajipan berorganisasi ini adalah berdasarkan dalil naqli (Al Quran dan Hadis)

  1. Merupakan suatu kewajipan

FIRMAN ALLAH TAALA

Surah as-Saff ayat 14 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman,jadikanlah diri kamu pembela (agama Allah) sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa Ibnu Maryam (ketika)berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:

"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?

"Penyokong-penyokong Nabi Isa menjawab:

"Kamilah pembela-pembela (agama) Allah.('Setelah Nabi Isa tidak berada bersama mereka')maka sepuak daripada kaum Bani Israel beriman dan sepuak lagi tidak beriman.Lalu kami memberikan pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya ,jadilah mereka orang yang menang.

2. Allah taala mengasihi orang-orang yang berperang untuk mempertahankan agama Allah secara berkumpulan sehingga diibaratkan seperti bangunan yang kukuh binaannya

surah as-Saff ayat 4 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk mempertahankan agamaNya dalam satu saff yang tersusun rapi ,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh

3. Islam mendidik kita melaksanakan ibadah dan syiar agamanya secara berjemaah.Tanggungjawab kita untuk melaksanakan kebaikan juga diperintahkan supaya menjauhi laranganNya.Semua ini adalah tidak lain dan tidak bukan wajib dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Huzaifah Bin al-Yaman radhiyallahu anhu berkata Rasulullah s.a.w:

"Wajib kamu bersama-sama jemaah muslimin dan pemimpin mereka."

(Muttafaqun alaih(

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil.Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid."

(Hadis riwayat Ahmad Bin Hambal)

Sabda Rasulullah s.a.w

"Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jemaah sekadar sejengkal,sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam daripada lehernya,sekalipun dia bersembahyang , berpuasa dan menyangka dirinya seorang Islam."

(riwayat al-Tarmidzi,al-Nasai, dan Ibnu Hibban.Dan berkata al-Hakim:Sahih menurut syarat al Bukhari)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam