• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

31 August 2010

Majlis Amal berbuka puasa bersama Nisa Maran meriah

Assalamualaikum warahmatullah...salam kunjung buat semua..
Alhamdulillah...dengan izin Allah jua baru-baru ini Nisa' Maran telah mengadakan Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa Amal bertempat di Pasti Al Hidayah Tanjung Perang.Seramai lebih kurang 40 orang peserta menyertai majlis tersebut terdiri daripada kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun hingga 17 tahun..Pendaftaran peserta
Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah, diikuti dengan tadarus Al Quran..selesai bertadarus, peserta dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang AJK Nisa'.Seterusnya majlis berbuka dan solat Maghrib,Isyak dan terawih secara berjemaah.Majlis selesai lebih kurang pukul 10.00 malam.
tadarus Al Quran
Taklimat
Antara juadah yang lazat
belajar ikut sunnah ye! bbuka dgn air mineral dan kurma :)
solat berjemaah tunggak kejayaan ummah
Alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan jayanya hasil usaha daripada semua yang bertungkus-lumus daripada sebelum sehinggalah selesai program.
urusetia bergambar diakhir majlis
Semoga majlis ini mendapat rahmat daripada Allah.Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
selayang sebelum program..bertungkus lumus menyediakan bahan memasak
sehigga berjumpa lagi....:)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam