• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

24 August 2010

::Tadarus Kawasan Maran::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog Nisa' Maran..

Alhamdulillah pada hari Ahad bersamaan 22 Ogos 2010 baru-baru ini Muslimat dan Nisa' telah berjaya mengkhatamkan Al Quran 30 juzuk dalam majlis Tadarus Al Quran peringkat Dun Luit di Surau Hasanatul Abrar Luit.
Program anjuran Muslimat Kawasan Maran ini merupakan program tahunan anjuran Muslimat Kawasan Maran yang diadakan di bulan Ramadhan.Program ini merupakan usaha bagi menarik golongan wanita bagi membudayakan Al Quran di bulan Ramadhan.




Majlis Tadarus seterusnya bagi Dun Chenor dan Dun Kuala Sentul akan diadakan seperti tarikh berikut:

Dun Chenor: 29 Ogos 2010 (Ahad)
Dun Kuala Sentul : 4 Sept 2010 Sabtu)

Marilah sama-sama memeriahkan lagi Majlis Tadarus Al Quran tersebut.Semoga Allah memberkati kita...

Hubungi AJK Nisa' kami...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam