• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

23 August 2011

Sebarkan salam


Assalamualaikum dan salam ziarah..khas buat geng-geng Nisa' seluruh Malaysia :)

Masih lagi mengucapkan salam Ramadhan..

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya
“Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

Ucapan salam usai kini sering dipinggirkan, malah bagi kebanyakan remaja mempunyai trend yang berbeza dalam menggambarkan salam.Perlu diketahui, ucapan salam mempunyai impak yang sangat besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia. Malah, ucapan berkenaan dinilai sebagai ibadat dalam konteks mengamalkan sunnah agung tinggalan Rasulullah s.a.w.

Juga, ucapan salam yang disertai perbuatan berjabat tangan juga adalah sunnah yang dituntut.

Antara lain..perbuatan saling berpelukan dan berciuman ketika bertemu adalah diharuskan terutama apabila seseorang pulang daripada musafir yang jauh seperti ketika menyambut kepulangan jemaah haji yang selamat pulang ke tanah air.

Kesalahan yang biasa terjadi
Dalam menyebarkan salam, kekadang masih terdapat kesalahan yang tidak menepati syariat sebenarnya.Antaranya amalan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi seakan menjadi perkara biasa, walhal ia adalah perbuatan dosa yang semestinya dijauhi.

Membongkokkan badan sambil berjabat tangan juga adalah perbuatan terlarang.
Ini bagi mengelak wujudnya unsur syirik penyembahan sesama makhluk.

Perbuatan berdiri untuk mengagungkan seseorang yang lain juga adalah tidak disukai Rasulullah. Justeru itu, sahabat tidak pernah berdiri apabila melihatnya.

Bagaimana ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan.
Dalam sebuah riwayat lain yang menyatakan
“Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”. Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”. Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmiziy).

Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha mempraktikkan sunnah ini..ianya syariat yang tidak mungkin dipandang remeh sebuah riwayat lain yang menyatakan “Bahawa sudah bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan Assalamualaikum. Nabi bersabda “Sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain pula sambil mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah”. Nabi bersabda “Dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang yang lain lagi dan mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Baginda Nabi bersabda “Tiga puluh”. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmiziy).

Kesimpulan
Memandangkan betapa hebatnya ucapan salam dan pahala yang disediakan untuknya, umat Islam diseru tidak lagi memandang remeh amalan baik mengucapkan salam ketika bertemu dengan saudaranya yang lain.

Malah, yang terbaik dikalangan mereka adalah yang pertama mengucapkan salam. Ucapan ini juga adalah hak dan tanggungjawab seorang Muslim dengan Muslim lain yang perlu dilunaskan.

Janganlah pula kita terlalu mengagungkan ungkapan lain yang tidak bersesuaian dengan kehendak syariat mahupun budaya kesopanan masyarakat Timur.

Begitu juga amalan masyarakat di Barat yang saling berpelukan dan berciuman antara lelaki dan perempuan ketika bertemu tidak kena sama sekali untuk dipraktikkan di negara ini.

Semoga kita semua menjadi golongan yang sentiasa dirahmati Allah dan diredhaiNya kerana sentiasa doa-mendoakan sesama muslim..Wallahu 'alam.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam