• Maha Suci Allah
  • Segala Puji Bagi Allah
  • Allah Yang Maha Besar

11 October 2013

INTRO NISA' MARAN 2013

Bismillah.
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah setelah lama Nisa' Maran menyepi dari dunia blog ini, kini kami muncul kembali dengan nafas baru bagi sama-sama merealisasikan misi dan impian Nisa' iaitu Connectiong Youth @ Penghubung Generasi Muda.

InsyaAllah Nisa' Maran akan bergerak dengan wajah baru yang bertenaga, menarik, berketerampilan, realistik dan serba boleh. Nisa' Maran akan berusaha menjadikan dan mewujudkan satu suasana yang selesa dan lebih mudah untuk didekati para pemudi. Antara misi Nisa' Maran adalah untuk membawa para pemudi untuk lebih mengenali, mendekati & mengamalkan ISLAM dengan cara yang lebih santai dan menarik, namun tetap menepati kehendak syariah.

Berdiri sebagai sebuah persatuan bukan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan. Sedikit pengenalan secara ringkas mengenai organisasi Nisa' Maran yang telah ditubuhkan. Nisa' Maran terdiri daripada :
Ketua, Timbalan Ketua, Setiausaha, Bendahari, Unit Pembangunan Insan & Tarbiyah, Unit Kerjaya & Pendidikan, Unit ICT & Publisiti dan Unit Sukan & Kesihatan. 

Setiap unit ini terdapat ketua dan AJK dibawahnya untuk menggerakkan dan melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancang, sesuai dengan bidang tugas masing-masing.

Alhamdulillah, pada hari selasa, 8 Oktober 2013 telah diadakan satu usrah umum Nisa' Maran bertempat di Kg. Awah. Seramai 13 orang telah menyertainya. Didoakan ini satu permulaan yang baik. Antara isi kandungan usrah tersebut ialah mengenai hak-hak kebebasan wanita, yang telah dikongsikan melalui tayangan rakaman daripada Ustazah Anfal Abdullah. 

Untuk ulasan usrah tersebut kami akan sambung di entry akan datang InsyaALLAH. Di sini saya kongsikan sedikit gambar semasa usrah berjalan. Terima kasih kerana sudi membaca...=)




1 comments:

Hati Besi said...

Semoga Nisa Maran Terus Success...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by netdohoa | Support for this Theme dohoavietnam