7 years ago
04 December 2013
AKHLAQ & DISIPLIN DALAM ORGANISASI
USRAH TUNJANG KEMANTAPAN TARBIYAH
MARAN ,
24 OKTOBER 2013 – Tarbiah
merupakan tunjang utama dalam suatu organisasi Islam. Salah satu agenda tarbiah
adalah melalui usrah.
Dengan
merasakan kepentingan tarbiyah ini, Nisa’ Maran memulakan langkah pentarbiyahan
melalui perlaksanaan usrah antara ahli jawatankuasa (AJK) Nisa’ Maran sesi ini. Alhamdulillah, usrah kali ini dijalankan di Taman Tasik Maran dengan kehadiran lebih kurang 11 orang AJK.
Usrah tersebut dimulakan dengan bacaan
surah as-soff. Seterusnya tazkirah yang berkaitan peranan daie.Akhlak dan
disiplin merupakan topik utama bagi usrah Nisa’ kali ini. Topik ini
membincangkan berkaitan akhlak yang perlu ada dalam diri seorang ahli gerakan
Islam. Antara akhlak yang perlu ditanamkan dalam diri adalah ikhlas, istiqamah
, taat dan wala’. Selain daripada akhlak, disiplin diri perlu diseiringkan agar
setiap tindakan ahli gerakan Islam ini sentiasa dipandu garisan syariat.
Antara intipati perkongsian yang ditekankan ialah akhlak dan disiplin bagi setiap
ahli amat penting demi kebaikan Jemaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan
melengkapkan diri dengan akhlak Islam.Tindakan setiap individu adalah merupakan
contoh dan perhatian masyarakat.
Usrah kali pertama ini tamat pada
jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan.
Saad
bin Abi Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
“
Akan aku berikan panji (Islam) ini kepada seorang lelaki yang mana kemenangan
akan diberikan kepadanya, yang mana sifat lelaki tersebut , dia mengasihi Allah
dan rasulNya serta Allah dan rasulNya mengasisi lelaki tersebut. – riwayat Imam
al-Bukhari dan Muslim.
Bài viết liên quan:
0 comments:
Post a Comment